awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak

Afiezul Samit
Afiezul Samit
29/09/2021
07:11 MYT
1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Sejumlah 1,008 unit silinder oksigen tiba di Kuching menerusi penerbangan khas Tentera Udara Malaysia Malaysia (TUDM) pagi Selasa. - Gambar Facebook / Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
KUCHING: Sejumlah 1,008 unit silinder oksigen tiba di Kuching menerusi penerbangan khas Tentera Udara Malaysia Malaysia (TUDM) pagi Selasa.
Menurut Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, peralatan perubatan itu akan diagihkan di beberapa buah hospital di Sarawak.
Beliau berkata, peralatan perubatan yang diterima itu merupakan sebahagian daripada persediaan negeri itu untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta yang semakin membimbangkan.
“Penghantaran unit silinder oksigen ini adalah seperti yang dipersetujui Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semasa mesyuarat Ahad lalu di Kuching,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Terdahulu pada Ahad, Khairy dalam satu sidang media di Kuching mendedahkan kementeriannya akan menghantar sejumlah 1,008 unit silinder oksigen dan 118 unit ventilator ke Sarawak melalui Greater Klang Valley Special Task Force (GKSVT).
BACA: Penyumberluaran: Sarawak diberi peruntukan tambahan RM3 juta - Khairy
BACA: COVID-19: Mesyuarat khas bincang pengurusan pandemik di Sarawak
Sementara itu, seperti negeri lain di seluruh Malaysia, Singapura dan United Kingdom, Sarawak juga sedang memasuki fasa endemik dan memerlukan dua elemen utama dikenali sebagai peringkat hospital dan luar hospital.
Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, hospital-hospital di negeri itu perlu bersedia dengan kapasiti dan fasiliti yang mencukupi jika berlaku peningkatan kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang memerlukan bantuan oksigen, ventilator serta katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).
‘’Penularan varian Delta menuntut kita untuk bekerja keras dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
“Antara usaha terbaik adalah pemberian dos penggalak, Perjanjian Pembelian Pendahuluan (APA) antibodi monoklonal baharu, monitor di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan persediaan kakitangan perubatan serta jururawat,’’ tambahnya.
Ujarnya lagi, kawalan di luar hospital juga harus dititikberatkan dengan menjalankan tanggungjawab kendiri melalui ujian saringan, pengawasan, dan pengasingan kendiri bagi kes positif kategori 1 dan 2.
Langkah-langkah ini juga termasuk kawalan bukan berbentuk farmaseutikal dan kesihatan awam merangkumi pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan COVID-19 seperti yang digariskan KKM.
Antara lain, masyarakat juga harus memainkan peranan membantu kerajaan menangani penularan virus ini dengan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#fasiliti perubatan di Sarawak
#silinder oksigen di Sarawak
#kategori kes positif Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan