awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
01/03/2021
06:22 MYT
1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19
Ayob Khan antara petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Taman Adda, Johor Bahru, hari ini. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Seramai 1,018 daripada lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor dikecualikan daripada menerima suntikan vaksin imunisasi COVID-19.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.
"Dalam program suntikan vaksin imunisasi COVID-19 ini, seramai 4,000 pegawai dan anggota akan diberikan vaksinasi, manakala lebih daripada 4,000 pegawai dan anggota lagi akan diberikan pada fasa kedua.
"Namun daripada keseluruhan jumlah itu, seramai 1,018 akan dikecualikan kerana isu kesihatan seperti mengandung, penyakit kronik dan alahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, di sini hari ini.Mendahului senarai penerima suntikan hari ini alah Menteri Besar Ir Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#PDRM
#polis
#kesihatan
#menteri
#Polis Diraja Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#Malaysia
#pengecualian
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan