KUALA LUMPUR:Terdapat 1,020 sekolah yang dikategori sebagai daif di Sarawak dengan 415 daripadanya berada pada tahap tersangat daif dan uzur serta perlu dibina baharu, kata seorang Ahli Parlimen dari Sarawak hari ini.
Ahmad Johnie Nawawi (GPS-Igan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat berkata setakat ini, sebanyak 433 sekolah sudah dibaik pulih manakala baki 587 lagi akan diusahakan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan khas yang lebih besar dalam Belanjawan 2021 bagi mengatasi masalah sekolah daif serta isu-isu pendidikan yang berkaitan.
"Saya juga memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya sekolah daif yang akan dibina (dibaik pulih) nanti dilengkapi dengan kemudahan seperti dewan makan, dewan perhimpunan, asrama, kuarters guru, dan lain-lain kelengkapan yang diperlukan," katanya di sini.
Secara analoginya, beliau berkata dengan peruntukan RM1 bilion hanya dapat membaik pulih dan membina baharu lebih kurang 133 sekolah sahaja secara purata setiap tahun.
"...selama manakah isu baki 587 sekolah daif dapat diatasi sepenuhnya? Pada perhitungan saya, ia akan ambil masa lebih kurang lima tahun, itu pun kalau dapat peruntukan RM1 bilion.
"Kalau diandaikan Sarawak dapat peruntukan RM500 juta setiap tahun maka masalah sekolah daif di Sarawak hanya dapat selesai dalam tempoh lebih kurang lapan tahun, dan kalau RM250 juta setahun isu sekolah daif hanya dapat diselesaikan dalam tempoh 16 tahun.
"Saya amat risau sekali mengenai tempoh masa yang diambil untuk pelaksanaan projek sekolah daif di Sarawak jika trend peruntukan belanjawan daripada kerajaan Persekutuan tidak ditambah dalam setiap kali bajet," katanya.
Misalnya pada tahun 2019, beliau berkata Sarawak hanya mendapat RM100 juta peruntukan untuk sekolah daif yang hanya dapat diguna bagi melaksanakan 32 sekolah sahaja manakala pada tahun 2020, Sarawak tidak menerima sebarang peruntukan untuk sekolah daif.
"Dalam Belanjawan 2021, sebanyak RM725 juta diperuntukkan untuk Sarawak dan Sabah bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur 50 sekolah daif," katanya.
Sementara itu, Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) berkata walaupun ramai berpendapat pertambahan peruntukan pembangunan kepada Sarawak sebanyak RM100 juta iaitu daripada RM4.4 bilion kepada RM4.5 bilion dalam Belanjawan 2021 dianggap peningkatan sedikit, namun perkara itu tidak boleh dilihat dalam satu sudut.
Jelasnya, kerajaan telah mengembalikan beberapa projek yang selama ini tertangguh sejak dua tahun lepas antaranya projek menaik taraf Jalan Datuk Mohamad Musa di Laluan 8,101 dengan perbelanjaan sebanyak RM229 juta.
"Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah pengembalian hak Sarawak secara beransur-ansur seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah penurunan kuasa dalam hal berkaitan pendidikan, perundangan, kesihatan dan seumpamanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Ahmad Johnie mencadangkan erajaan memberi peruntukan khas ebih besar dalam Belanjawan 2021 bagi mengatasi masalah sekolah daif serta isu-isu pendidikan berkaitan. -Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).