awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha

Bernama
Bernama
16/06/2024
04:00 MYT
1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Jalaluddin (foto) berkata ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengeluarkan 1,088 permit sembelihan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) untuk pelaksanaan ibadah korban di seluruh negeri ini sempena Aidiladha.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.
"Selain masjid dan surau, proses penyembelihan bagi penyempurnaan ibadah korban ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti tempat awam, kawasan persendirian dan rumah sembelihan dengan lembu merupakan haiwan tertinggi untuk ibadah korban iaitu mencecah 80 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menasihatkan semua penganjur ibadah korban di setiap peringkat supaya mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan, JPVNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bagi menjamin keselamatan makanan.
"Semoga dengan pematuhan kepada peraturan tersebut dapat menjadikan amalan ibadah korban disempurnakan dengan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Ibadah Korban
#Negeri Sembilan
#jalaluddin alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan