KUALA LUMPUR: Seramai 1,142,104 atau 32.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,693,589 atau 47.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,008,137 atau 96.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 16,090,222 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,842 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,188 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 13,331 dos harian diberikan semalam meliputi 3,050 suntikan penggalak, 4,172 dos kedua dan 6,109 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,855,556.
Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan tiga kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor dan satu kes di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Sebanyak 13,331 dos harian diberikan semalam meliputi 3,050 suntikan penggalak, 4,172 dos kedua dan 6,109 dos pertama. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Pusat Rawatan TH di Arab Saudi terima kelulusan permit

Larangan Plastik | India larang kebanyakan plastik sekali guna
India melarang kebanyakan produk plastik sekali guna mulai jumaat, sebagai usaha untuk menangani isu sisa sampah dan pencemaran di negara itu. Pada peringkat pertama, kerajaan telah melarang pembuatan, pengimportan, pembekalan, dan penjualan 19 produk plastik yang dikenal pasti berpotensi tinggi menyebabkan pencemaran.

Perbandaran Lestari | Majlis Kitaran Negara masih dalam proses penubuhan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masih dalam proses untuk menubuhkan Majlis Kitaran Negara. Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia akan menjadi pusat kepada semua semua inisiatif pembangunan lestari negara diintegrasikan bagi merealisasikan matlamat perbandaran, agenda perbandaran baharu dan Smart city.

KPDNHEP | Peniaga di Terengganu patuh harga siling ayam
Bekalan ayam di Terengganu mencukupi dengan peniaga mematuhi harga siling ayam yang ditetapkan oleh kerajaan bermula 1 Julai malah ada menjual pada harga lebih rendah. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Negeri Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata pihaknya berpuashati dengan pemantauan pada hari pertama pelaksanaan harga siling ayam yang baharu.

Inflasi | Subsidi ke atas barangan akan kekal
Subsidi yang diberikan kerajaan ke atas barangan tertentu termasuk petrol dan sebagainya akan dikekalkan buat waktu ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed percaya, kerajaan akan memastikan ia dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang.

Harga Binaan Mahal | Punca hampir 50,000 kontraktor gulung tikar
Kenaikan harga bahan binaan menyebabkan hampir 50 ribu kontraktor kebanyakkan Bumiputra tidak memperbaharui lesen kontraktor mereka. Justeru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Kementerian Kerja Raya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memperluaskan lagi skop harga bahan binaan.

AWANI Ringkas: Tiada lagi Pas Pengembara buat warga Malaysia

Polis akan panggil penganjur Himpunan Barang Naik
Kesemua individu berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat.

Terbuka Malaysia 2022: Tugas getir menanti Jonatan di separuh akhir
Jonatan turun selaku pilihan ketujuh kejohanan menyingkirkan pemain India H.S Prannoy 21-18, 21-16 pada pusingan suku akhir.

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warganegara Malaysia tidak perlu isi pas pengembara di MySejahtera
Pemansuhan hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada pemegang pas lain.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban

COVID-19: Kanada lanjut langkah pencegahan
Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuatkuasa hingga 30 September 2022.

Shanghai Disneyland kembali terima pelancong
Para pelancong yang mengunjungi taman tema itu masih perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 dan perlu memakai pelitup muka.

COVID-19: 2,867 kes baharu, dua kematian
Kes baharu meningkat ke 2,867 kes dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Kanada lanjutkan langkah pencegahan COVID-19 di sempadannya
Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuat kuasa hingga 30 September 2022.