KUALA LUMPUR: Polis menahan seramai 1,558 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menunggang motosikal secara berbahaya, menerusi pelbagai operasi yang diadakan di sekitar ibu negara tahun lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Zulkafli Chek Lah berkata pemandu mabuk mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 1,157 kes direkodkan dan disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata bagi kesalahan memandu secara berbahaya pula, seramai 287 individu telah ditahan dan diambil tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Sementara itu, kesalahan mempamerkan nombor plat pendaftaran palsu dan disyaki mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram masing-masing mencatatkan empat dan lima kes," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan operasi Op Motosikal dan Op Mabuk di sekitar ibu negara malam tadi.
Zulkafli berkata dalam Op Selamat tahun ini bermula 1 Jan hingga semalam, seramai 235 individu telah ditahan bagi pelbagai kesalahan trafik dengan tangkapan tertinggi juga membabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol iaitu seramai 192 individu, manakala memandu secara berbahaya seramai 34 individu ditahan.
Sementara itu, katanya dalam operasi yang dilakukan malam tadi di tiga lokasi di sekitar Kuala Lumpur, sebanyak 189 saman dikeluarkan dengan tiga pemandu mabuk ditahan dan tujuh motosikal disita.
Beliau berkata dalam Op Selamat kali ini, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi dan fokus terhadap pemandu mabuk dan penunggang motosikal bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya terutama ketika musim perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 30 2022
Dalam operasi di tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur malam tadi, 189 saman dikeluarkan dengan tiga pemandu mabuk ditahan dan tujuh motosikal disita. - Gambar hiasan
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang
Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.
Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.
3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan
Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).
Lelaki mabuk, positif ganja langgar dua kenderaan ditahan
Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, malam tadi.
Myvi hilang kawalan, suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.
Lelaki mabuk dipenjara, didenda sebabkan kematian dan cederakan anggota polis
Mohan Rao didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian terhadap Konstabel Mohd Zamiri Sinsian.
Kematian subkontraktor DBKL: Pelajar mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk
Seorang penuntut kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang petugas subkontraktor DBKL.
Rempuh lima kenderaan, pemandu lori disyaki mabuk ditahan
Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan lain di Pasir Gudang di sini, semalam.
Tiga ditahan memandu di bawah pengaruh dadah
AADK telah membuat saringan ke atas 13 pengguna jalan raya dan didapati tiga daripada mereka positif dadah.
Tiga ditahan pandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol, dadah
Kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Balai Polis Jalan Campbell untuk tindakan lanjut.