awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,225 individu ditahan curi kenderaan, rampasan lebih RM20 juta

Bernama
Bernama
03/06/2023
20:20 MYT
1,225 individu ditahan curi kenderaan, rampasan lebih RM20 juta
JSJ menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup. - Foto JSJ PDRM
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas 2023 yang bermula Januari hingga April lepas.
JSJ Bukit Aman dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan dalam tangkapan berkenaan, pihaknya turut merampas 847 buah kenderaan yang dipercayai dicuri dianggarkan bernilai RM19.8 juta dan wang tunai RM502,865.
"Kesemua individu tersebut (1,225 orang) ditahan dalam 1,049 serbuan yang dilakukan pihak polis di seluruh negara.
"Menurut statistik yang dikeluarkan jabatan ini, sebanyak 6,709 kertas siasatan dibuka bagi kecurian kenderaan dan 639 kertas siasatan berjaya dituduh bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, JSJ turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup dan lakukan ujian keberkesanan terhadap sistem penggera kenderaan.
"Pencuri tidak akan mencuri kenderaan yang dilengkapi dengan sistem tambahan dan orang ramai juga digalakkan untuk tidak menangguhkan laporan polis sekiranya kenderaan mereka dicuri," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Facebook
#Op Lejang Khas 2023
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan