awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,523 mangsa banjir masih di PPS, Sabah catat pertambahan pagi ini

Bernama
Bernama
04/01/2026
03:20 MYT
1,523 mangsa banjir masih di PPS, Sabah catat pertambahan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat manakala Sarawak dan Johor mencatatkan penurunan menjadikan keseluruhan mangsa sebanyak 1,523 orang pada pagi ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat manakala Sarawak dan Johor mencatatkan penurunan menjadikan keseluruhan mangsa sebanyak 1,523 orang pada pagi ini.
Di SABAH, sebanyak 495 orang daripada 159 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 282 orang daripada 102 keluarga direkodkan petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, peningkatan itu susulan Kota Kinabalu dilanda banjir semalam, selain Beaufort.
Banjir di Kota Kinabalu melibatkan sebuah kampung dengan 180 orang daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau manakala di Beaufort, 315 orang daripada 113 keluarga dari lapan kampung berada di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir menurun kepada 943 orang daripada 243 keluarga setakat 7 pagi ini, berbanding 1,052 orang daripada 264 keluarga pada semalam.
JPBN Sarawak memaklumkan, mereka ditempatkan di lapan PPS, iaitu SJK Chung Hua Batu Kawa dengan 211 orang, SJK Chung Hua Sungai Tengah (191 orang), Dewan Serbaguna Taman Malihah (132 orang) dan Masjid Darul Istiqlaal (128 orang).
PPS lain ialah Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru (104 orang), Dewan Masyarakat Stapok (97 orang), Dewan Surau Nurul Najhin Stapok (55 orang) dan Dewan Masyarakat Trusan (25 orang).
Sementara itu di JOHOR, jumlah mangsa banjir juga menurun kepada 85 orang daripada 25 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 92 orang daripada 27 keluarga, semalam.
Pengerusi JPBN Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, lima PPS masih beroperasi di Segamat, iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 36 orang daripada 11 keluarga dan Dewan Serbaguna Kampung Tasek (15 orang, empat keluarga).
PPS Balai Raya Kampung Sanglang pula menempatkan 14 orang daripada empat keluarga, Balai Raya Kuala Paya (tiga orang, satu keluarga) dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong (17 orang, lima keluarga).
"Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat melepasi paras bahaya dengan bacaan 8.72 meter dan Jeti Sungai Tekam, Segamat pula pada paras amaran dengan bacaan 3.91 meter," katanya.
Beliau berkata dua jalan masih ditutup sepenuhnya iaitu Jalan Felda Tenggaroh 3, di Mersing akibat cerun runtuh dan Jambatan Kesang-Sungai Rambai, Tangkak kerana jambatan rosak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Pusat Penempatan Sementara
#mangsa banjir
#JPBN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan