Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng

Mayat bayi itu ditemui masih bertali pusat dan uri, dibaluti dengan sehelai baju. -Gambar hiasan/Flickr
BATU PAHAT: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di dalam sebuah tong sampah di kawasan tandas wanita, hentian sebelah Yong Peng Utara, Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini, petang semalam.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki baru dilahirkan di dalam tong sampah di kawasan tandas wanita, hentian Yong Peng Utara, Lebuhraya Utara Selatan.
- Mayat bayi ditemui masih bertali pusat dan uri, dibaluti dengan sehelai baju.
- Siasatan dibuat di bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan; orang ramai diminta memberi maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis.
"Bayi berkenaan ditemukan dibaluti dengan sehelai baju dan diletakkan di dalam sebuah bakul sampah di kawasan tandas wanita hentian sebelah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar Mushaddat berkata mayat bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat bagi tujuan bedah siasat dan pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Polis Kontinjen Johor menerusi talian 07-221 2999 atau IPD Batu Pahat menerusi talian 07-434 3999.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditemui polis di hentian sebelah Yong Peng Utara berhubung dengan penemuan bayi lelaki? A: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang bayi lelaki baru dilahirkan di dalam sebuah tong sampah di kawasan tandas wanita di hentian tersebut.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas penemuan mayat bayi tersebut? A: Mayat bayi dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk tujuan bedah siasat dan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.
- Q: Siapakah yang diminta untuk membantu siasatan berkaitan dengan kejadian penemuan bayi lelaki tersebut? A: Orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, Polis Kontinjen Johor, atau IPD Batu Pahat melalui talian yang disediakan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

