AYER KEROH: Kerajaan negeri Melaka menafikan penamatan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka kepada 1,541 penerima yang dilakukan sejak Januari lalu bersifat zalim.
Sebaliknya, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, langkah penamatan itu dibuat dengan penelitian terperinci atas beberapa faktor termasuk meninggal dunia dan ada penerima bantuan yang sudah mampu berdikari sendiri.
“Kita bukan tamat begitu sahaja, kita buat kajian sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, di Melaka bagi mereka yang meninggal dunia dan ditamatkan bantuan adalah seramai 794 orang iaitu 51.52 peratus.
Selain itu, penamatan juga disebabkan penukaran skim bantuan contohnya dahulu dia ibu tunggal tetapi sekarang sudah berkahwin iaitu membabitkan 193 orang atau 12.52 peratus, manakala yang sudah mampu berdikari seramai 151 orang.
Mengulas lanjut katanya, JKM Melaka sentiasa menjalankan tanggungjawab bagi melakukan kaji semula terhadap kelayakan penerima bantuan tersebut.
Tambah Kalsom, proses kaji semula sebelum proses penamatan bantuan adalah merupakan satu prosedur yang perlu dilaksanakan bagi semua jenis bantuan mengikut Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun jelasnya, pihak JKM tidak pernah menggunakan proses kaji semula sebagai salah satu cara untuk membuat pemutihan ataupun penamatan bantuan.
Sebaliknya menurut beliau, JKM sentiasa membuat penilaian sama ada seseorang penerima itu masih layak atau tidak untuk bantuan mereka diteruskan berdasarkan peraturan kelayakan-kelayakan semasa yang telah ditetapkan dalam garis panduan permohonan bantuan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jul 26 2022
JKM Melaka kata Kalsom, sentiasa menjalankan tanggungjawab bagi melakukan kaji semula terhadap kelayakan penerima bantuan tersebut.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Saya lalui pengalaman getir, tak sanggup zalimi, fitnah orang - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak sanggup untuk menzalimi dan menfitnah mana-mana pihak termasuk pemimpin pembangkang yang terpalit dengan siasatan mahkamah.
1,541 penerima JKM Melaka ditamatkan bantuan, bukan zalim tapi ada sebabnya - Exco
Kerajaan negeri Melaka menafikan penamatan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka kepada 1,541 yang dilakukan sejak Januari lalu bersifat zalim.
Bahasa Melayu: G25 anggap tindakan punitif zalim, hipokrit
G25 percaya tindakan punitif sebegitu akan dilihat sebagai langkah regresif dan meletakkan Malaysia dalam pandangan buruk di mata warga asing dan pelabur antarabangsa.
Hukuman zalim, tidak masuk akal, Tun Faisal rayu penggantungan dibatalkan
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan secara adil fakta dan konteks sebenar kenyataannya.
Suspek hempas kucing ke lantai beri keterangan kepada polis
Lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, pada Isnin.
Polis Pahang siasat dakwaan anak kucing dibakar
Persatuan Haiwan Malaysia berkata kejadian dipercayai berlaku di Pahang dan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat.
Hukuman mati mandatori perlu dikekalkan - Pendakwah
Pendirian itu dinyatakan beliau menerusi akaun Facebooknya yang merujuk kepada kes seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu dipercayai didera oleh suami pengasuhnya.
Pemandu teksi dihukum penjara, SPAD beri penjelasan
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyatakan pihaknya tidak bertindak zalim susulan empat pemandu teksi yang dijatuhkan hukuman penjara