TEMERLOH: Sebanyak 1,577 cerun berisiko tinggi dikenal pasti di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Justeru, beliau berkata Kementerian Kerja Raya akan membuat permohonan sebanyak RM17 juta menerusi belanjawan akan datang untuk pemasangan sistem amaran awal bagi memantau cerun terbabit.
"Selain itu, kami di kementerian sentiasa bersiap siaga terutama menjelang musim monsun tidak lama lagi dan kita akan sentiasa tambah baik perkhidmatan berdasarkan pengalaman sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke lokasi kegagalan cerun tambakan di KM117 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini hari ini.
Nanta berkata kerja-kerja pembaikan di kawasan tersebut yang dijadualkan mengambil masa 14 hari bermula 13 Sept lepas berjaya disiapkan lebih awal dan berikutan itu laluan KM117.8 hingga KM117.9 yang ditutup sebelum ini akan dibuka selewat-lewatnya pada 6 petang ini.
"Apa yang penting ialah keselesaan dan keselamatan pengguna, saya telah mengarahkan tindakan jangka masa panjang diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya.
Pada 10 Sept lepas, laluan tersebut mengalami rekahan di permukaan jalan dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.
Pada perkembangan lain, Nanta berkata sebanyak RM180 juta diperuntukan untuk membaiki jalan rosak di Pahang pada tahun ini.
Selain itu, katanya RM38 juta telah diperuntukkan untuk kerja pembaikan 12 Jalan Persekutuan yang terjejas akibat banjir di Pahang dengan tiga daripada jalan itu sudah siap dibaiki, manakala bakinya masih dalam pembinaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Nanta berkata, Kementerian Kerja Raya akan membuat permohonan sebanyak RM17 juta menerusi belanjawan akan datang untuk pemasangan sistem amaran awal bagi memantau cerun terbabit. - Gambar fail

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.

Hujan berterusan di Sabah, Bung Moktar arahkan JKR teliti cerun-cerun berisiko
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah diatur gerak untuk meneliti cerun-cerun yang berisiko rosak atau berdepan runtuhan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu di negeri itu.