KOTA ISKANDAR: Sebanyak 1,585 kes penceraian dilaporkan di negeri Johor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Mac hingga Julai tahun ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Jslam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, 1,054 aduan berkenaan masalah sosial dan keluarga juga diterima dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata, daripada keseluruhan aduan yang diterima, sebanyak 13 peratus iaitu 137 aduan membabitkan kes keganasan rumah tangga.
“Setiap aduan dibuat melalui sumber-sumber Pejabat Kadi Daerah, talian hotline dan khidmat keluarga, sosial dan komuniti. Sepanjang tempoh PKP, aduan dibuat melalui dalam talian sahaja (manakala) sesi khidmat nasihat keluarga hanya dijalankan melalui janji temu ditetapkan terlebih dahulu,” kata Tosrin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di sini.
Sementara itu, Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, sebanyak 9,614 pasangan pula bernikah dalam tempoh antara Januari hingga Julai di negeri ini.
Lima daerah yang merekodkan kes pernikahan tertinggi adalah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Kluang.
Johor Bahru merekodkan sebanyak 2,917 pasangan bernikah diikuti Batu Pahat (1,622), Muar (961), Kota Tinggi (880) dan Kluang (672).
Astro Awani
Tue Sep 07 2021

Daripada keseluruhan aduan yang diterima di negeri Johor, sebanyak 13 peratus iaitu 137 aduan membabitkan kes keganasan rumah tangga. - Gambar hiasan

MIFF 2022 bakal dorong momentum positif pertumbuhan eksport perabot
Momentum untuk MIFF 2022 telah melonjak sejak Malaysia melonggarkan lagi sekatan COVID-19 untuk pelancong antarabangsa mulai 1 Mei tahun ini.

Tiada jerebu sehingga Jun - MetMalaysia
Monsun Barat Daya akan menyebabkan keadaan cuaca yang lebih kering dan panas yang mungkin menyebabkan berlakunya jerebu tempatan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967439/thumbnails/41447416081652834038584_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [18 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP OPR tidak bebankan peminjam, beri manfaat kepada M40 - Tengku Zafrul #AWANInews

Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.

Suruhanjaya Sekuriti tambah 3 lagi entiti ke dalam senarai amaran pelabur
Orang/entiti berikut ditambah ke senarai, iaitu Sultan Pelaburan Malaysia, Pelaburan Terbuka dan Traders Fair Malaysia.

Polis siasat dakwaan pengadu berpakaian cosplay 'disekolahkan' ketika buat laporan
Siasatan tatatertib telah dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Petaling Jaya.

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

"Ya saya failkan kes cerai" - Siti Saleha akhirnya...
Siti Saleha membuat pengakuan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang bagi memfailkan perceraiannya hari ini.

1,585 kes cerai dilapor di Johor sepanjang PKP 2021
Sepanjang Mac hingga Julai tahun ini juga, sebanyak 1,054 aduan berkenaan masalah sosial dan keluarga diterima.

Kes cerai pasangan Islam di Selangor membimbangkan
Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai sebanyak 24,063 kes bagi tahun 2017 dan 2018.

Media sosial boleh jadi medium penyumbang kes cerai
Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.

Proses cerai 'fast track' di Selangor atasi kelewatan kes - Hakim Syarie
Sejak diperkenal pada Januari lalu, proses tersebut telah menyelesaian 861 kes perceraian sehingga hari ini.