awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.82 juta pengundi berdaftar di Johor pada PRU14

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2018
09:40 MYT
1.82 juta pengundi berdaftar di Johor pada PRU14
Daripada jumlah itu, 40 peratus iaitu 721,690 merupakan pengundi yang berumur bawah 40 tahun.

Seramai 1.82 juta pengundi berdaftar direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarahnya, Shafie Taib berkata, ia termasuk 200,000 pengundi baharu dan 26,895 pengundi awal.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 40 peratus iaitu 721,690 merupakan pengundi yang berumur bawah 40 tahun.

“Sebanyak 54.69 peratus merupakan pengundi Melayu, 37.56 peratus (Cina), 6.52 peratus (India) serta 0.5 peratus (bumiputera) dan Orang Asli 0.23 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan watikah pelantikan dan writ pegawai pengurus pilihan raya bagi 26 Parlimen di Johor. Dalam perkembangan lain, Shafie menjelaskan kos bagi mengadakan pilihan raya umum di negeri itu dianggarkan menelan belanja RM26 juta.

Kata beliau, ia melibatkan perbelanjaan menyediakan logistik, barang percetakan dan penghantaran barangan.

Topic Berkaitan
#Johor
#Malaysia Memilih
#pengundi
#Shafie Taib
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan