awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.9 juta rumah di Malaysia tidak didiami

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
15/06/2022
10:35 MYT
1.9 juta rumah di Malaysia tidak didiami
Jumlah rumah tidak didiami mancatatkan peningkatan sebanyak 700,000 pada 2020 daripada 1.2 juta kediaman pada 2010. - Gambar hiasan
KUANTAN: Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman di seluruh negara tidak didiami.
Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, penemuan itu berdasarkan Banci Malaysia 2020.
Katanya, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 700,000 kediaman tidak berpenghuni, daripada 1.2 juta kediaman pada 2010.
"Di Malaysia keseluruhan kita ada 1.9 juta rumah tidak didiami... di Pahang saja ada 86,495 rumah yang kosong iaitu 18 peratus daripada keseluruhan tempat kediaman 458,972.
"Di Melaka, hampir 30 peratus lebih tempat kediaman kosong... antara lainnya (faktor) mungkin tempat kediaman itu baru siap, banyak dibeli tapi tidak didiami sepenuhnya digunakan untuk rumah rumah singgah dan sebagainya," katanya.
Mohd Uzir berkata demikian pada sidang media sempena Program Jelajah Banci Malaysia: Pahang Bersama Media di Kuantan pada Rabu.
Menurut Mohd Uzir, statistik itu menunjukkan banyak rumah kosong yang tidak didiami dan ia sebenarnya boleh membantu masyarakat yang belum memiliki rumah.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata, Bancian Malaysia 2020 juga merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang dengan 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita.
Mohd Uzir turut berkongsi mengenai portal 'KAWASANKU' yang baru dibangunkan oleh pihaknya dalam usaha mendekatkan masyarakat dengan data negara dalam bentuk statistik.
"Informasi 'KAWASANKU' yang boleh diakses itu mengandungi maklumat berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
"Laman web 'KAWASANKU' boleh diakses di https://kawasanku.dosm.gov.my," katanya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#rumah kosong
#rumah tidak didiami
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan