awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,908 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen ke-15 USAS, jumlah paling ramai

Aida Aziz
Aida Aziz
02/12/2022
01:00 MYT
1,908 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen ke-15 USAS, jumlah paling ramai
Anas berkata, istiadat konvokesyen kali ini membabitkan 1,908 graduan, merangkumi penerima Ijazah Doktor Falsafah (empat), Sarjana (47), Sarjana Muda (990) dan Diploma (852). - Foto USAS
KUALA KANGSAR: Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) akan mengadakan Istiadat Konvokesyen yang ke-15 pada 3 dan 4 Dis ini, di Dewan Jubli Perak, di sini.
Istiadat tersebut akan berlangsung selama dua hari dengan empat sidang, setelah dua tahun diadakan secara maya susulan penularan pandemik COVID-19.
Tuanku Canselor, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan penganugerahan ijazah kepada graduan pada sidang pertama Sabtu, serta menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.
Menurut Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan, Prof Madya Dr Anas Md Yusof, istiadat kali ini membabitkan 1,908 graduan, merangkumi penerima Ijazah Doktor Falsafah (empat), Sarjana (47), Sarjana Muda (990) dan Diploma (852).
"Ini merupakan jumlah graduan paling ramai dikeluarkan oleh USAS sejak penubuhannya pada tahun 1999 (dikenali sebagai KISDAR).
"Buat pertama kalinya juga, terdapat seramai 15 orang graduan Diploma Pascasiswazah (Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie) di bawah Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial," katanya dalam kenyataan semalam.
Anas berkata, konvokesyen kali ini membabitkan seramai 1,244 graduan lulusan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial serta 664 daripada Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.
Majlis itu juga dapat disaksikan secara maya melalui Facebook rasmi USAS.
Foto USAS
Foto USAS
"Masyarakat sekitar Kuala Kangsar turut dijemput menghadiri pelbagai aktiviti Festival Kuala Kangsar dan Konvokesyen USAS (Festival Feskon) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, bermula 1 hingga 4 Dis.
"Pelbagai aktiviti secara percuma telah diatur untuk pengunjung, termasuk mini petting zoo dan permainan gelongsor air Soopa Doopa," katanya.
Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam acara sukan rakyat, explorace, battle nasyid, pertandingan memasak masakan kampung dan Kuala Fun Run.
Pelbagai pertandingan acara sukan seperti bola sepak, ragbi, bola jaring dan badminton turut diadakan di sekitar Kuala Kangsar sempena konvokesyen tersebut.
Topic Berkaitan
#Universiti Sultan Azlan Shah
#konvokesyen
#Sultan Nazrin Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan