awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 juta keanggotaan kesatuan sekerja dicapai lebih awal daripada sasaran 2025

Bernama
Bernama
14/11/2023
11:24 MYT
1 juta keanggotaan kesatuan sekerja dicapai lebih awal daripada sasaran 2025
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Kesatuan Pekerja Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Sasaran sejuta keanggotaan kesatuan sekerja menjelang 2025 telah dicapai lebih awal apabila keanggotaan melebihi sejuta telah direkodkan setakat 30 Okt lepas, kata Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.
"Pencapaian ini suatu yang membanggakan khususnya bagi pihak kementerian yang mengharapkan lebih ramai pekerja menganggotai kesatuan sekerja," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Kesatuan sekerja merupakan badan yang mempromosikan hak pekerja dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan majikan mengenai hak asasi pekerja.
Beliau berkata jumlah itu perlu ditingkatkan bagi memastikan nisbah keanggotaan kesatuan sekerja adalah separuh daripada jumlah keseluruhan pekerja di negara ini.
"Kita ada 16 juta pekerja. Kalau capai nisbah separuh daripada jumlah keseluruhan, ini adalah suatu nisbah cukup memberangsangkan," katanya.
Dalam isu lain, Sivakumar berkata mana-mana pekerja yang diberhentikan atau terjejas kerja susulan gerakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel boleh membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).
"Mereka (pekerja) memang mempunyai hak untuk membuat aduan kepada kementerian. Kita (KSM) akan lihat perkara ini untuk tindakan yang perlu diambil," katanya menambah setakat ini KSM tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sasaran 1 juta
#keanggotaan kesatuan sekerja
#sasaran 2025
#Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan