KOTA BHARU: Seramai 10,000 individu yang sudah mendaftar bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan tidak menghadiri janji temu yang ditetapkan untuk menerima suntikan vaksin, setakat semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata perkara ini amat mendukacitakan pelbagai pihak terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) kerana telah berusaha sedaya-upaya untuk menguruskan proses vaksinasi itu sebaik mungkin.
Katanya, tindakan tersebut juga turut mengakibatkan berlakunya pembaziran dos vaksin.
"Pelbagai alasan yang mereka berikan seperti nak tukar tarikh, demam, nak bernikahlah, akhirnya jabatan kesihatan yang susah sebab dah atur elok tetapi sampai masanya, mereka (pendaftar) tidak hadir," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Justeru, Dr Izani menyeru mereka yang sudah mendaftar untuk memberikan kerjasama kepada pihak JKNK dengan menepati janji temu suntikan vaksin yang ditetapkan.
Dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kelompok imuniti bagi membendung penularan COVID-19, Dr Izani turut menggesa penduduk Kelantan yang belum berdaftar agar berbuat demikian melalui saluran sedia ada termasuk menerusi aplikasi MySejahtera.
"Saya harap lebih ramai penduduk mendaftar bagi program imunisasi ini kerana insya-Allah, negeri Kelantan akan menerima bekalan vaksin Sinovac dalam kuantiti yang banyak pada Jun ini.
"Maka, saya berharap, orang ramai akan 'berebut' dan bukannya menolak kerana suntikan vaksin insya-Allah dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti," katanya sambil menegaskan pihak tidak bertanggungjawab juga perlu berhenti menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19.
Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penduduk Kelantan, Dr Izani menyifatkan ia masih berada pada tahap rendah sehingga berlakunya trend peningkatan kes harian COVID-19 dengan mencecah tiga angka sejak kebelakangan ini.
"Kita semua gagal (patuh) SOP (bermula) daripada rakyat, peniaga, di masjid dan semua golongan. Itulah jadinya apabila kita semua tidak mendengar nasihat para ulama, mufti dan pakar perubatan dalam hal ini.
"Jadi, saya meminta agar semua rakyat terutama di Kelantan patuh kepada SOP termasuk menjadi 'ejen kerajaan' dengan bantu mengingatkan antara satu sama lain untuk ikut SOP dalam membendung penularan wabak ini," katanya.
Semalam, Kelantan merekodkan sebanyak 626 kes harian baharu COVID-19 menjadikan kumulatif kes berkenaan kepada 22,546 kes dengan kluster yang masih aktif sebanyak 56.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
Dr Izani berkata perkara ini amat mendukacitakan pelbagai pihak terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) kerana telah berusaha sedaya-upaya untuk menguruskan proses vaksinasi itu sebaik mungkin. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.