awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander

Bernama
Bernama
15/12/2024
10:18 MYT
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Cuaca buruk yang berlaku di kebanyakan negeri ketika ini terutama di Pantai Timur merupakan faktor kerosakan jalan raya di beberapa kawasan terjejas. - Gambar fail
GUA MUSANG: Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini, ekoran cuaca buruk yang berlaku ketika Monsun Timur Laut.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata cuaca buruk yang berlaku di kebanyakan negeri ketika ini terutama di Pantai Timur merupakan faktor kerosakan jalan raya di beberapa kawasan terjejas.
Beliau berkata kerosakan itu menyebabkan jalan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Pembinaan lencongan sementara untuk laluan Lojing-Gua Musang susulan lubang benam akan dilaksanakan Roadcare Sdn Bhd dengan kadar segera.
"Pihak kementerian dan JKR akan melaksanakan semua tindakan segera bagi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati semua pihak agar mematuhi arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lubang benam
#jalan lojing
#Gua Musang
#faktor cuaca
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan