SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 bulan terhadap 10 daripada 11 ahli Geng Kabali bagi kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang itu pada 2019.
Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan menjatuhi hukuman itu selepas K. Sarugunan, 41, R. Kamal Rajh, 28, L. Navinraj, 29, S. Ilangovan, 43, G. Kartik, 28, G. Ravikumar, 30, S. Viven, 23, S. Sivabalan, 26, R. Kunasekaran, 34, dan R. Jeevanraj, 25 mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Beliau memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada Disember 2019.
Seorang lagi tertuduh, S. Subramaniam, 53, didenda RM3,000 namun dikecualikan pembayaran oleh mahkamah selepas mengambil kira tempoh reman ke atasnya selama 463 hari selain menghidap kencing manis kronik dan faktor usia.
Kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli Geng Kabali iaitu satu pertubuhan menyalahi undang-undang antara 1 Feb hingga 27 Nov 2019 di lorong kecil tepi jalan besar Batu 12 1/2 , Jalan Rantau-Siliau, Rantau di sini mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syafiq Hasim meminda pertuduhan terhadap mereka daripada Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 bulan terhadap 10 daripada 11 ahli Geng Kabali bagi kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang itu pada 2019.- Foto BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
10 ahli Geng Kabali dipenjara 18 bulan, seorang didenda
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 18 bulan terhadap 10 daripada 11 ahli Geng Kabali bagi kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang itu pada 2019.