MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjanhg hari ini, Ahad, 8 Disember 2019.
1) 'Kamu belum kenal Azmin Ali!'
Dalam ucapannya di majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Azmin dengan nada tegas menempelak tindakan sesetengah individu dan pemimpin yang melabelkan beliau sebagai pengkhianat.
2) 'Zaid Ibrahim saya dah lawan, Khalid Ibrahim saya dah lawan..' - Azmin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan seluruh anggota parti agar mengambil perbezaan pandangan sebagai cara memperkukuhkan parti bukan dengan mencaci atau menghina.
3) Saya tak takut dengan FRU, kezaliman... apatah lagi pimpinan dan perwakilan - Tian Chua
Naib Presiden PKR, Tian Chua nyata melawan arus apabila dengan beraninya menegur pimpinan serta perwakilan dan penyokong yang disifat terlalu taksub untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4) Saya dan Azmin bersedia dipecat - Zuraida
Zuraida menjelaskan beliau dan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia dipecat jika tindakan mereka mengkritik parti pada malam ini dikira sebagai pengkhianat.
5) Ucapan Tian Chua adil, tetapi fahami sentimen perwakilan juga - Anwar
Ucapan keras Tian Chua, terutamanya yang menyentuh mengenai isu ‘taksub kepada pemimpin’, perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6) Seorang lagi mangsa kemalangan di New Zealand meninggal dunia
Mangsa itu adalah Nur Irfan Adanan, 15, yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri, Dr Rumihati Abd Hamid, 49, dan Adanan Jemain, 49, yang maut bersama anak kedua mereka, Maisarah Arifah Adanan, 13.
7) Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir
Menurut Tun Mahathir, ihak kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit dan sentiasa terbuka terhadap mana-mana cadangan atau kritikan yang disuarakan.
8) Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan - Tun Mahathir
Semua rakyat Malaysia sepatutnya tahu dan mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan memandangkan ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
9) Pencipta watak 'Keluang Man' dan 'Usop Sontorian' meninggal dunia
Pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia Kamaruddin Ismail atau nama panggilan Kamn Ismail meninggal dunia pada usia 63 tahun.
10) Wanita dipenggal, otak dijamah kerana bercakap bahasa Inggeris
Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel kira-kira 4km dari rumah suspek di Barangay Punta tanpa kepala dan kedua-dua tangan diikat.