10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 27, 2019 14:21 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Jumaat, 27 Disember 2019.
1) Mahkamah arah Dong Zong batal persidangan bantah tulisan jawi - PDRM
Mahkamah Kajang memerintahkan agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak meneruskan persidangan bantahan tulisan jawi di Kolej New Era, Kajang, Sabtu ini.
2) Tulisan jawi: Dong Zong akur perintah mahkamah, batal persidangan
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akur dengan perintah yang mengarahkannya untuk batalkan persidangan berkaitan isu tulisan jawi pada Sabtu.
3) Pemandu e-hailing beristeri dua didakwa rogol anak tiri
Selama dua tahun merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya, seorang pemandu e-hailing akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah, di sini hari ini.
4) 15 rumah musnah dalam kebakaran di Lahad Datu
Sebanyak 15 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Panji, Lahad Datu, petang tadi.
5) Liwat rakan lelaki enam kali, penghuni pusat pemulihan akhlak direman
Seorang lelaki telah direman tujuh hari pada Jumaat selepas dipercayai meliwat rakan penghuni lelaki sebuah pusat pemulihan akhlak di Kuching.
6) Lelaki mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dalam keadaan berbogel di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, hari ini.
7) 7 terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Kazakhstan
Sekurang-kurangnya tujuh penumpang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di Almaty, Kazakhstan dalam tragedi yang berlaku pada Jumaat.
8) Guna imej bapa dalam logo: Anak perempuan Bruce Lee saman rangkaian restoran
Sebuah syarikat yang diuruskan oleh anak perempuan Bruce Lee memfailkan saman terhadap sebuah restoran makanan segera kerana menggunakan imej legenda seni bela diri itu dalam logo tanpa mempunyai izin.
9) Penulis lirik lagu tema sitkom 'Friends' meninggal dunia
Penulis lirik lagu tema siri televisyen "Friends", Alle Willis meninggal dunia pada usia 72 tahun.
10) Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadikannya insan yang lebih baik.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita dalam negara #berita luar negara #berita pilihan