MALAYSIA

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 09/01/2020 | 15:40 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 9 Januari 2020.
1) 'Penyiaran rakaman perbualan cabul hak peribadi individu' - Ramkarpal
Penyiaran rakaman perbualan telefon antara dua puluh individu berhubung dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa, serta pemalsuan bahan bukti didakwa termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tidak beretika dan dikesali.
2) Rakaman audio diserah kepada polis - Latheefa
Sebahagian daripada rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
3) Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.
4) Video intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
5) Video intim: "Semoga tiada lagi mangsa kedurjanaan politik" - Azmin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdoa semoga tidak ada lagi mana-mana individu akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti yang dilaluinya sebelum ini.
6) Kanak-kanak 6 tahun maut terperangkap dalam kebakaran
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dalam kebakaran di rumahnya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas, Pulau Pinang petang Khamis.
7) Polis siasat video tular remaja tendang, peras ugut murid di Machang
Seorang remaja bertindak samseng apabila bukan sahaja mengambil duit seorang pelajar sekolah agama, malah bertindak menendang mangsa yang masih berpakaian sekolah.
8) Isteri disiram air panas kerana hidang makanan bersemut
Seorang lelaki tergamak menyiram air panas ke atas tubuh isterinya hanya kerana makanan yang dihidangkan dihurung semut.
9) Kebakaran hutan memburuk, penduduk Kangaroo Island diarah berpindah
Penduduk di bandar Kangaroo Island, Australia diarahkan berpindah pada Khamis bagi membolehkan anggota bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan.
10) The Garden Of The Evening Mists bakal pecah panggung
Diadaptasi dari sebuah novel dengan judul yang sama, filem TGOEM bakal memasuki pawagam pada 16 Januari ini dan dijangka bakal menjadi satu lagi filem pecah panggung.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita dalam negara #berita luar negara #berita pilihan