awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 Exco Melaka angkat sumpah jawatan

Bernama
Bernama
16/05/2018
05:22 MYT
10 Exco Melaka angkat sumpah jawatan
Adly telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Jumaat lepas setelah pakatan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. - Gambar fail
Sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Sepuluh muka baharu itu, lima daripada DAP iaitu Tey Kok Kiew (Bandar Hilir), G. Saminathan (Gadek), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Kerk Chee Yee (Ayer Keroh).
Dua masing-masing daripada PKR dan PPBM iaitu Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Ginie Lim Siew Lin (Machap Jaya) serta Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Fendi Ahmad (Telok Mas), manakala daripada Amanah pula ialah Mohd Sofi Abdul Wahab (Durian Tunggal).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka dan Pengerusi Amanah Melaka (Bukit Katil) Adly Zahari telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Jumaat lepas setelah pakatan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Pada PRU14 Pakatan Harapan (PH) memenangi 15 daripada 28 kerusi iaitu DAP (8), PKR (3), PPBM (2) dan Amanah (2).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#Exco
#Ketua Menteri
#Melaka
#Mohd Khalil Yaakob
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PKR
#PPBM
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan