awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang

Bernama
Bernama
25/04/2021
05:46 MYT
10 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang
Antara kru kapal warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam dalam dua kejadian di perairan Pulau Pisang, Pontian pada awal pagi semalam. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Seramai 10 kru kapal warga Indonesia nyaris maut selepas dua bot barter trade yang dinaiki mereka karam dalam dua kejadian di perairan Pulau Pisang, Pontian pada awal pagi semalam.
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kedua-dua bot terbabit yang membawa muatan kelapa bulat, dalam pelayaran dari Pelabuhan Sungai Guntung, Indonesia menuju ke Batu Pahat.
Kejadian berlaku kira-kira 4 pagi, yang mana bot pertama membawa enam kru karam di kedudukan 5.6 batu nautika, manakala bot kedua dengan empat kru karam di 15.3 batu nautika barat daya perairan itu, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Difahamkan, kedua-dua bot karam kerana berdepan cuaca buruk dan hujan lebat," katanya.
Antara kru kapal warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam dalam dua kejadian di perairan Pulau Pisang, Pontian pada awal pagi semalam. --fotoBERNAMA
Antara kru kapal warga Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam dalam dua kejadian di perairan Pulau Pisang, Pontian pada awal pagi semalam. --fotoBERNAMA
Menurut Nurul Hizam, dalam kejadian pertama enam anak kapal berjaya menyelamatkan diri dengan berdiri di atas serpihan bahagian bumbung kapal kira-kira empat jam sebelum diselamatkan nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti Pontian Kecil.
"Empat lagi kru diselamatkan oleh bot barter trade lain yang berada di kawasan berhampiran sewaktu kejadian," katanya.
Menurutnya kesemua mangsa yang berusia 27 hingga 53 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot
#bot karam
#Indonesia
#Batu Pahat
#maut
#mangsa
#nelayan
#warga asing
#karam
#barter trade
#kelapa bulat
#Pulau Pisang
#Pontian
#Nurul Hizam Zakaria
#Maritim Johor
#Pelabuhan Sungai Guntung
#cuaca buruk
#hujan lebat
#anak kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan