HUAROCHIRI: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 12 cedera dalam sebuah kemalangan bas yang mengerikan di Peru.

Bas tersebut dilaporkan terbalik dan jatuh ke dalam gaung sebelum terhempas ke dalam sungai berdekatan bandar Huarochiri.

Media tempatan melaporkan bas dua tingkat yang membawa kira-kira 76 penumpang itu meninggalkan bandar Huanaco dalam perjalanan ke Lima pada Isnin.

Pihak berkuasa mendakwa punca kejadian adalah disebabkan kecuaian pemandu yang menceroboh laluan bertentangan.

Selain itu pihak berkuasa menegaskan geografi kawasan yang curam dan merbahaya itu mempunyai rekod kemalangan lampau dan menjadi faktor  kemalangan.

Kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi itu mengorbankan sejumlah 10 mangsa dalam nahas, manakala 12 daripada 25 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan.