awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 rakyat Malaysia di India selamat - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2023
23:30 MYT
10 rakyat Malaysia di India selamat - Wisma Putra
Seramai 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi susulan fenomena hujan lebat di pergunungan Manali, Himachal Prasesh, India, berada dalam keadaan selamat, kata Wisma Putra.
KUALA LUMPUR: Seramai 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi susulan fenomena hujan lebat di pergunungan Manali, Himachal Prasesh, India, berada dalam keadaan selamat.
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi turut telah dapat berhubung dengan salah seorang daripada mereka yang berada di Manali.
"Laporan awal menyatakan 12 rakyat Malaysia didapati telah gagal dihubungi oleh ahli keluarga namun maklumat terkini diperoleh hanya 10 rakyat Malaysia manakala dua lagi merupakan warga China dan British.
"Berikutan perkembangan ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan berusaha untuk membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi pada 13 Julai," kata Wisma Putra pada Khamis.
Wisma Putra berkata, sekiranya rancangan evakuasi berjalan dengan lancar kumpulan tersebut dijangka mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari yang sama.
"Kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan segera yang diberikan oleh pihak berkuasa Kerajaan India dalam usaha mengesan kesemua rakyat Malaysia tersebut," ujar Wisma Putra lagi.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#rakyat Malaysia
#hujan lebat
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan