KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata justeru itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) akan menerajui pembangunan industri teknologi dron (DroneTech) tempatan.
Dr Adham berkata ia bertujuan membangunkan lima juara DroneTech bertaraf antarabangsa di samping menempatkan Malaysia antara 10 negara teratas di dunia untuk kesediaan dron (peraturan) dan penggunaan dron (pasaran) menjelang 2030.
"Bidang tumpuan terpilih untuk pembangunan dron secara intensif melibatkan sektor pertanian, logistik, media kreatif dan rekreasi, pemuliharaan alam sekitar, pertahanan dan maritim, kawalan penyakit, mitigasi dan bantuan bencana, perancangan harta tanah dan pembinaan serta tenaga," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perbincangan sedang giat dijalankan bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta badan terlibat dalam sektor penerbangan termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selain Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Perbincangan itu dalam usaha menambah baik proses permohonan permit penerbangan dron sama ada untuk tujuan rekreasi, industri atau sebagainya.
Kini terdapat lebih 200 syarikat teknologi dron dikenal pasti di Malaysia.
Dr Adham turut memaklumkan 25 aplikasi teknologi dron telah diluluskan di empat Persekitaran Sandbox dalam tempoh 18 bulan lepas melalui Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang diterajui MOSTI serta dikelola oleh MRANTI.
Beliau berkata syarikat terbabit menerima sokongan dari segi pembiayaan untuk pengkomersialan, bantuan pengawalseliaan dan pembangunan pasaran dalam sektor pertanian, perhutanan, bandar pintar serta pengangkutan.
"Melalui beberapa tapak sandbox ini, dron akan melalui ujian tekanan dalam persekitaran sebenar bagi kegiatan penuaian, pergudangan dan banyak lagi," katanya.
Selain itu, Living Labs yang disediakan di MRANTI Park menawarkan kemudahan 4IR bersepadu termasuk MakersLab, Pusat Kecemerlangan Dron, Pusat Pembangunan 5G, Teknologi BioSains dan Penjagaan Kesihatan yang sedang giat dibangunkan sehingga tahun 2025.
Sebelum ini, MOSTI mengumumkan rancangan untuk memperkenal sukatan industri dan teknologi dron dalam pelajaran Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) bagi melahirkan lebih ramai pemain industri pada masa akan datang selain menyasar menghasilkan 1,000 juruterbang dron tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

Dr Adham berkata justeru itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) akan menerajui pembangunan industri teknologi dron (DroneTech) tempatan. - Gambar fail

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

218 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamat, 113 masih terkandas
Hasil daripada misi khas ke Kemboja pada 24 sehingga 27 Januari itu, terdapat lima orang mangsa telah berjaya diselamatkan. Tetapi sedang ditahan di depoh imigresen negara itu.

Cabaran pasaran buruh dalam kalangan graduan baharu
Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh pihak berkepentingan dalam mengatasi cabaran graduan baharu dalam pasaran buruh.

Kemasukan 500,000 pekerja warga asing bagi sektor tidak diminati warga tempatan
Mereka yang dibawa dari 15 negara sumber itu, berdasarkan permintaan ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan.

PRU15: Pengundi mahu Kemaman lebih moden, lebih peluang untuk belia
Rata-rata warganya berharap agar pengundi dapat memilih calon yang mampu memajukan daerah itu.

PRU15: Tarik pelaburan besar untuk cipta peluang pekerjaan berkualiti - Calon
Isu lambakan pekerja asing di kawasan Sri Gading antara perkara yang mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sri Gading, Datuk Lassim Burhan.

ECERDC berjaya tarik RM5.3 bilion pelaburan, wujud 3,300 peluang pekerjaan di Pahang tahun ini - PM
Jelas Ismail Sabri, selain pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan, kerajaan juga komited dalam membasmi kemiskinan tegar di Pahang.

TMIYC jadi hab belia di Johor, cipta peluang untuk generasi muda berkualiti
TMIYC merupakan hab belia di Johor yang dilihat berpotensi untuk melahirkan serta mengetengahkan ramai bakat anak muda di negeri itu.

PRU15: Kos sara hidup, peluang pekerjaan antara keluh rakyat Bentong
Harapan mereka agar suara dapat didengari pemimpin yang bakal diberi mandat pada PRU15 ini.

Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.