PUNCAK ALAM: Kira-kira 100,000 penduduk di Bandar Puncak Alam masih menanti kemudahan awam seperti balai polis, balai bomba dan klinik kesihatan di kawasan itu bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat.
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd, Tan Sri Rozali Ismail berkata, permohonan berhubung kemudahan itu sudah diperjuangkan Persatuan Penduduk Puncak Alam sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini permohonan kemudahan awam itu masih menjadi tanda tanya kerana ia masih belum diluluskan kerajaan.
"Kita harap pihak berkuasa dapat membantu penduduk Puncak Alam yang telah bertambah dari semasa ke semasa.
"Sekarang ini sudah lebih 20,000 rumah di Puncak Alam ini dibina termasuk syarikat saya sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas Karnival Sukan Antara Fasa Bandar Puncak Alam (Sukaf 2022) kali ketiga di Masjid Bandar Puncak Alam pada Ahad.
Rozali berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menyediakan tapak bagi pembinaan projek kemudahan awam terbabit.
Jelas beliau, tapak bagi projek itu nanti sudah dikenal pasti di kawasan berhampiran dengan perumahan penduduk.
"Pembinaan balai polis ini penting bagi menyelesaikan isu berkaitan keselamatan penduduk, manakala balai bomba pula diperlukan untuk membantu penduduk menghadapi bencana dan kebakaran serta klinik amat penting untuk membantu penjagaan kesihatan kepada penduduk setempat," jelas beliau.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 0.9 hektar tanah di Puncak Alam diperuntukkan bagi pembinaan kompleks sukan untuk kemudahan penduduk setempat dan perbincangan mengenai fasiliti sukan akan dibincangkan bersama Persatuan Penduduk Puncak Alam.
Menurut beliau, kompleks itu nanti dirancang untuk dibangunkan dan dibina kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan.
"Antara kemudahan yang disediakan di kompleks sukan ini antaranya tapak futsal, badminton, gelanggang takraw, bola jaring dan kemudahan gimnasium.
"Kemudahan kompleks sukan ini amat diperlukan dan menjadi kemestian terutama di kawasan perbandaran," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022
Rozali (berdiri, tengah) bergambar bersama peserta pada Sukaf 2022 kali ketiga di Masjid Bandar Puncak Alam pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Pemandu lori didakwa pukul anjing dengan kayu
Mohd Zainal Mat Daham didakwa menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan hadapan dan belakang.
100,000 penduduk Puncak Alam menanti kemudahan awam
Permohonan berhubung kemudahan itu sudah diperjuangkan Persatuan Penduduk Puncak Alam sejak dua tahun lalu.
Pemilik syarikat tipu pakej perkahwinan lebih RM260,000 diburu polis
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata laporan polis itu diterima dalam tempoh empat hari sejak Jumaat membabitkan kerugian berjumlah RM263,094.