awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 liang lahad diancam hakisan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
03:50 MYT
100 liang lahad diancam hakisan
Hanif menunjukkan kawasan tanah perkuburan berdekatan tebing sungai di Kampung Seberang Jertih, Besut yang semakin terhakis setiap kali musim tengkujuh. - Foto Sinar Harian
BESUT: Kenaikan paras air setiap kali musim tengkujuh antara faktor menyebabkan kira-kira 100 liang lahad di Tanah Perkuburan Lama Kampung Seberang Jertih, yang terletak berdekatan tebing sungai di sini berdepan ancaman hakisan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seberang Jertih, Hanif Abas berkata, masalah hakisan sungai di tanah perkuburan yang dibina atas tanah wakaf oleh penduduk kampung itu telah berlaku sejak sekian lama dan kini ia semakin meruncing.
"Masalah ini sebenarnya dah berlaku sebelum saya bertugas sebagai JPKK di kampung ini lagi sejak 2018.
"Sebelum ini, jarak tanah kubur dengan sungai agak jauh, kini jarak antara kubur dan tebing sungai tinggal tak sampai lima meter. Masalah hakisan ini ini lebih ketara berlaku apabila musim hujan dan berlaku banjir.
"Walaupun tanah kubur ni belum pernah dinaiki air, paras air yang tinggi ketika hujan lebat mempercepatkan lagi proses hakisan pada bahagian tebing sungai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Sehubungan itu, Hanif berkata, pihaknya berharap masalah itu mendapat perhatian pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian sama ada kubur di situ dipindahkan atau membina benteng sungai.
"Setakat ini kita nampak ada dua langkah yang boleh dilakukan iaitu pindahkan kubur ke tanah perkuburan baharu yang terletak berdekatan kawasan kubur lama dan bina benteng sungai untuk melambatkan proses hakisan,"katanya.
Hanif memberitahu, dia telah membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkuasa agama bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan.
Namun katanya setakat ini belum ada tindakan diambil bagi mengatasi masalah itu.
"Kita faham semua proses yang mahu dilaksana memerlukan kos yang tinggi namun sekiranya tindakan tidak diambil ia akan menjadi semakin parah.
"Kita bimbang keadaannya bertambah parah sekiranya banjir besar melanda. Kita juga khuatir jika dibiarkan sahaja keadaan ini akan menyebabkan tanah kubur semakin terhakis dan jenazah yang dikebumikan berisiko dihanyutkan air sungai," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tanah perkuburan
#hakisan tanah
#tebing sungai
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan