awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 penduduk pangsapuri Sibu Jaya jalani saringan, dibawa ke pusat kuarantin

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
09/03/2021
08:26 MYT
100 penduduk pangsapuri Sibu Jaya jalani saringan, dibawa ke pusat kuarantin
Kesemua mereka diarahkan menjalani saringan itu di Hospital Sibu sebelum dibawa ke pusat kuarantin.
SIBU: Kira-kira 100 penduduk daripada dua flat di pangsapuri Sibu Jaya diarah berpindah dan menjalani ujian saringan COVID-19 susulan peningkatan kes di kawasan itu pada Isnin.
Kesemua mereka diarahkan menjalani saringan itu di Hospital Sibu sebelum dibawa ke pusat kuarantin.
Ini merupakan tindakan proaktif dilakukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu selepas daerah itu mencatatkan 149 kes positif COVID-19 semalam.
Difahamkan, kesemua penduduk itu terdiri daripada penghuni di Blok H dan J rumah pangsa Sibu Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari dari 5 Mac hingga 11 Mac ini.
Penyelaras JPPB Sibu Dr Annuar Rapaee berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Selasa bagi menentukan tindakan yang akan diambil ke atas kedua-dua blok tersebut.
"Kami akan bermesyuarat hari ini untuk menentukan tindakan yang akan diambil. Sebarang keputusan akan diusulkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk tindakan lanjut," katanya.
Dr Annuar berkata, larian harian kes COVID-19 semalam merekodkan 100 kes positif melibatkan Blok H dan J.
Susulan kes di pangsapuri Sibu Jaya semalam ia sekali gus mencatatkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,051 kes.
Topic Berkaitan
#pangsapuri Sibu Jaya
#Sibu Jaya
#kes positif COVID-19
#PKPD
#JPBB Sibu
#Dr Annuar Rapaee
#kuarantin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan