TANJUNG MALIM: Laluan Warisan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diwujudkan sejak tahun lalu di sini, boleh diibaratkan seperti kampus dalam muzium.
Ini kerana, bangunan itu sendiri mempunyai nilai sejarah yang dapat diketengahkan kepada umum.
Bukan itu saja, inisiatif yang digerakkan pihak universiti dan Muzium Pendidikan Nasional (MPN) UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu, menjadikan ia satu-satunya laluan warisan seumpamanya di Malaysia.
Malah, lebih menggembirakan, apabila laluan itu boleh dikunjungi orang ramai tanpa dikenakan bayaran, di mana mereka boleh melihat suasana di dalam kampus tersebut.
Menurut Pengarah MPN UPSI, Prof Dr Tajul Shuhaizam Said, laluan warisan sejarah itu merupakan antara usaha untuk meuar-uarkan 23 lokasi yang sarat dengan maklumat berhubung pendudukan penjajah, sehingga kepada peranan universiti itu sebagai tempat melahirkan pendidik.
Tajul yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI berkata, menjengah 100 tahun sambutan penubuhannya, UPSI sudah melalui empat era yang menjadikannya utuh sehingga kini.
"Kebetulan tahun ini UPSI menyambut 100 tahun penubuhannya, sejak zaman (ia dikenali sebagai) Sultan Idris Training College (SITC) dan era seterusnya.
"Kampus Sultan Abdul Jalil ini sarat dengan warisan berkaitan pendidikan dan nasionalisme. Kita rasa bertanggungjawab untuk menjaga tinggalan sejarah di sini.
"Selain itu, salah sebuah bangunan di sini pernah menjadi kediaman Pendeta Za'ba.
"Terdapat juga kesan peninggalan tentera Jepun kerana mereka pernah menjadikan bangunan di sini sebagai markas utama, selain ada bekas tapak bagi hukuman pancung oleh tentera Jepun," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata, waktu lawatan dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang. Masuk adalah percuma kecuali bagi mereka yang memerlukan khidmat pemandu pelancong.
"Kalau ada kumpulan yang perlukan pemandu pelancong atau khidmat kami untuk terangkan lebih lanjut di 23 laluan sejarah itu, maka sedikit bayaran akan dikenakan sebab kita sediakan makan dan minum.
"Konsep bagi laluan itu ialah, di setiap lokasi bersejarah dalam UPSI itu, diletakkan papan tanda maklumat tentang kisah sejarah dan peristiwa yang pernah berlaku di situ.
"Pelawat juga boleh mengimbas kod QR (quick response) yang disediakan di papan maklumat, untuk memudahkan mereka muat turun maklumat di telefon pintar masing-masing.
"Sambutan pengunjung begitu menggalakkan kerana selain itu, kita selitkan dengan pasar antik pada setiap Sabtu minggu keempat.
"Di situ, kita himpunkan kira-kira 60 peniaga dari seluruh Malaysia untuk berniaga. Jadi, suasana lebih meriah," katanya lagi.
Dua puluh tiga laluan warisan itu ialah, Padang SITC, Pokok Tembusu, Rumah Za'ba, Surau An Nur, Bangunan Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Bangunan Tadah Utara, Bangunan Suluh Budiman, Bekas Tapak Hukuman Pancung Tentera Jepun, Dewan Makan SITC, Bangunan Kutub Khanah, Loceng Agung.
Selain itu, Bangunan Tadah Selatan, Dewan Senaman SITC, Dewan Rahman Talib, Arca Batu, Rumah Pengetua SITC, Rumah Pengetua Sekolah Datuk Abdul Razak, Rumah Pengetua MPSI.
Turut menjadi laluan warisan ialah Taman Astakona, Tiang Kesan Tembakan Komunis, Rumah Guru SITC, Tugu Perayaan Jubli Intan & Kompleks Baru MPSI serta Tugu Perayaan 70 Tahun SITC-MPSI-IPSI.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Warisan Perak Nor Hisham Zulkiflee berkata, pihaknya dan beberapa badan bukan kerajaan lain turut menyumbang buah fikiran dan pendapat berhubung laluan tersebut.
"Tahun lalu kami dijemput oleh pihak muzium untuk beri ulasan tentang laluan warisan itu. Kami ada bagi maklum balas dan menyokong usaha itu, selain beri cadangan penambahbaikan lain," katanya.
Menurutnya, antara laluan warisan yang menarik ialah bangunan Suluh Budiman, Rumah Za' ba, Tempat Hukuman Tentera Jepun dan Tiang Kesan Tembakan Komunis.
* Sumber foto: Prof Dr Tajul Shuhaizam Said dan Nor Hisham Zulkiflee
Aida Aziz
Sat Sep 24 2022
Menurut Tajul Shuhaizam, Kampus Sultan Abdul Jalil di UPSI ini sarat dengan warisan berkaitan pendidikan dan nasionalisme. - Foto ihsan Prof Dr Tajul Shuhaizam Said dan Nor Hisham Zulkiflee
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
100 tahun UPSI: Laluan Warisan Sejarah UPSI ibarat 'kampus dalam muzium', pertama di Malaysia
Laluan itu boleh dikunjungi orang ramai tanpa dikenakan bayaran, di mana mereka boleh melihat suasana kampus tersebut.
Sultan Nazrin berkenan lancar sambutan 100 tahun penubuhan UPSI
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan majlis sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.