1,000 lembu tenusu A2 tiba di Pasir Gudang, pacu operasi lembah tenusu Jemaluang

Zahari berkata ketibaan kumpulan pertama ternakan itu menjadikan projek berkenaan sebagai hab tenusu moden bersepadu pertama dan terbesar di Johor setakat ini. - Foto Bernama
PASIR GUDANG: Sebanyak 1,000 ekor lembu tenusu A2 baka Jersey Friesian dari Pelabuhan Victoria, Australia tiba di Pelabuhan Pasir Gudang hari ini sebagai permulaan pembangunan industri tenusu berskala besar di Lembah Tenusu Jemaluang (JDV), Mersing.
Ringkasan AI
- Sebanyak 1,000 ekor lembu tenusu A2 baka Jersey Friesian dari Australia tiba di Pasir Gudang untuk projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) di Mersing.
- Projek bernilai RM80 juta ini dijangka menghasilkan tiga juta liter susu pada tahun pertama dan meningkat sehingga 12 juta liter setahun dalam tempoh lima tahun, mengurangkan import susu hingga 20%.
- Projek yang bermula 2022 akan dibuka kepada umum pada suku ketiga 2026 sebagai tarikan agropelancongan di Johor.
"Seekor lembu tenusu A2 mampu menghasilkan purata 35 liter susu setiap sesi perahan dua hingga tiga kali sehari, jauh lebih tinggi berbanding lembu tempatan," katanya ketika ditemui di Pelabuhan Pasir Gudang hari ini.
Projek kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan JDV Sdn Bhd itu melibatkan peaburan kira-kira RM80 juta, dengan sasaran pengeluaran tiga juta liter susu pada tahun pertama, meningkat kepada antara empat hingga lima juta liter pada tahun berikutnya dan mencecah 12 juta liter setahun dalam tempoh lima tahun.
Zahari berkata peningkatan pengeluaran itu dijangka mengurangkan kebergantungan negara terhadap susu import hingga 20 peratus.
"Projek yang bermula pada 2022 dan telah diserahkan kepada pengendali pada September 2025 itu turut berpotensi menjadi tarikan agropelancongan di Mersing apabila dibuka kepada umum pada suku ketiga 2026," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


