awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,000 tawaran khas Program Matrikulasi kepada pelajar kaum cina B40 - Maszlee

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/06/2018
08:12 MYT
1,000 tawaran khas Program Matrikulasi kepada pelajar kaum cina B40 - Maszlee
Maszlee Malik berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu dibuat susulan wujudnya rintihan mengenai pelajar cemerlang SPM bukan bumiputera yang gagal mendapat tempat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan 1,000 penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khusus buat kaum cina berpendapatan rendah B40.
Menterinya Maszlee Malik berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu dibuat susulan wujudnya rintihan mengenai pelajar cemerlang SPM bukan bumiputera yang gagal mendapat tempat dalam program ini.
Tambahnya, untuk sesi 2018/2019, sejumlah 84,891 permohonan diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera.
Daripada jumlah tersebut, seramai 4,068 orang pelajar bukan bumiputera telah mendapat tawaran di kolej-kolej matrikulasi seluruh negara bagi sesi 2018/2019.
“Saya yakin mungkin ada yang menimbulkan adakah dengan memberikan 1,000 ini maka akan mengambil kerusi ataupun bahagian daripada bumiputera, tidak, ini merupakan tambahan dan kuota bumiputera dan tempat bumiputera adalah kekal,” tambahnya dalam sidang media di sini hari ini.
Ujarnya lagi, sejajar dengan perkembangan pesat arus pendidikan terkini, Kementerian sentiasa berusaha dan komited dalam memastikan kualiti pendidikan negara adalah kekal berkualiti.
Topic Berkaitan
#biasiswa
#bukan bumiputera
#Dr Maszlee Malik
#jemaah menteri
#kaum cina
#Kementerian Pendidikan
#kuota Bumiputera
#Menteri Pendidikan
#program matrikulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan