GEORGE TOWN: Seramai 106,352 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu giliran janji temu menerusi aplikasi MySejahtera bagi menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata setakat ini 8,733 anggota yang menerima suntikan dos penggalak manakala 106,352 anggota masih menunggu giliran janji temu mereka.
"Kami sentiasa memberi galakan penuh kepada semua pegawai dan anggota untuk menerima suntikan dos penggalak dan yakin sasaran 100 peratus penerima dos penggalak akan dicapai dalam kalangan warga PDRM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf PDRM dan Pesara Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini semalam.
Mazlan berkata setakat ini, tiada sebarang isu anggota polis yang menolak untuk divaksin, namun pihaknya tidak memaksa jika anggota yang mempunyai masalah kesihatan yang telah diberi pengecualian daripada pihak doktor.
Terdahulu, beliau yang hadir dalam lawatan kerjanya turut menyampaikan sumbangan daripada Tabung Wakalah Zakat PDRM Bukit Aman berupa barangan keperluan asas dan sejumlah wang tunai kepada 40 asnaf PDRM dan pesara polis di Kontinjen Pulau Pinang yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Sementara itu, Mazlan berkata Pulau Pinang bakal mendapat bangunan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang baharu di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.
Katanya projek baharu IPK itu dan 200 unit kediaman itu dicadangkan akan dibina di Lot 9014, 9015 dan 4384 Sungai Dua di daerah Timur Laut Pulau Pinang.
"Saya mendapat tahu bahawa kini ia dalam proses untuk ditender oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Jadi dengan adanya bangunan IPK yang baharu ini, kita harap warga PDRM negeri ini dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya," katanya.
Antara kemudahan lain yang turut dibina termasuklah bangunan pentadbiran, lokap, bangunan Cawangan Khas, lapang sasar tertutup, kantin, auditorium serta kuarters kelas E sebanyak 50 unit dan kelas F sebanyak 150 unit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Mazlan mengadakan sidang media semasa lawatan kerja ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Batu Uban, George Town, 30 Nov 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.