awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2025
04:40 MYT
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy (kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas @3A Wan Mohd Yusof Wan Taib (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Program Integrasi Kasih MADANI KPWKM di Kampung Pasir Pekan Tengah hari ini. --fotoBERNAMA
TUMPAT: Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga mengesahkan seramai 107 daripada 560 anak-anak bekas anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak dituntut ibu bapa mereka.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Seramai lima orang kanak-kanak yang diserahkan orang yang layak dan sesuai (OYLS) melalui Seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Saya menyarankan kepada ibu bapa supaya datang berbincang kerana kami. Memang kami menjaga dengan baik tetapi kasih sayang ibu bapa itu lebih penting," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Integrasi Kasih KPWKM Sempena Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat hari ini.
Nancy turut berpendapat, ada ibu bapa yang mahu menuntut anak mereka tetapi mungkin dinasihatkan oleh individu tertentu supaya tidak berbuat demikian kerana bimbang ditangkap atau ada proses lain yang perlu dilakukan.
Jelas beliau, perkara itu tidak adil untuk agensi berkenaan kerana penyerahan kanak-kanak berkenaan perlu melalui proses perundangan dan ibu bapa juga patut hadir ke mahkamah untuk tujuan berkenaan.
"Kita tidak ada sebarang niat tersembunyi sebaliknya mahu membantu kerana tidak mudah menjaga anak orang.
"Datanglah berunding kerana kita bukan mahu menyaman tetapi tetap melindungi dan menyelamatkan mereka," katanya.
Media sebelum ini melaporkan sebanyak 560 kanak-kanak iaitu 283 lelaki dan 277 perempuan ditempatkan di pusat perlindungan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara daripada mahkamah bagi tempoh dua bulan mengikut peruntukan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Nancy Shukri
#GISB
#Global Ikhwan Services and Business
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.