awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,070 asnaf di Melaka keluar daripada kepompong kemiskinan tahun lepas

Bernama
Bernama
16/01/2020
21:31 MYT
1,070 asnaf di Melaka keluar daripada kepompong kemiskinan tahun lepas
Ketua Menteri Adly Zahari berkata kejayaan itu hasil beberapa inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri dalam memastikan penerima zakat tidak terus dibelenggu kemiskinan. Foto: Bernama
Seramai 1,070 penerima zakat terdiri daripada asnaf di Melaka berjaya keluar daripada paras garis kemiskinan tahun lepas selepas menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Ketua Menteri Adly Zahari berkata kejayaan itu hasil beberapa inisiatif yang dijalankan kerajaan negeri dalam memastikan penerima zakat tidak terus dibelenggu kemiskinan sekali gus berjaya membantu penerima untuk lebih berdikari dalam memperoleh sumber pendapatan sendiri.
"Antara usaha yang dilakukan termasuk kerjasama sosial sinergy bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pemurnian had kifayah, bantuan niaga asnaf dan jalinan kerjasama bersama 22 rakan strategik berkonsepkan 'mentor mentee'.
"Selain itu, kita juga telah mewujudkan hub pengeluaran produk usahawan harapan dengan kerjasama Persatuan Komuniti Usahawan Asnaf Negeri Melaka," katanya pada sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, di sini pada Khamis.
Beliau berkata bilangan penerima zakat tahun lepas meningkat kepada 8,521 orang berbanding 2018 iaitu sebanyak 8,366 orang dan tahun ini pihaknya menyasarkan pengurangan 10 hingga 20 peratus penerima zakat daripada MAIM berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.
Adly yang juga Pengerusi MAIM berkata jumlah perbelanjaan zakat bagi tahun lepas adalah sebanyak RM106.21 juta, meningkat sebanyak RM8.55 juta berbanding RM97.66 juta pada 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#asnaf
#Ketua Menteri
#Melaka
#miskin
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan