Seramai 84 individu ditahan semalam, atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan harian, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, 108 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang penyeludup telah ditahan dalam Operasi Benteng semalam.

Berikut lima perkara penting daripada kenyataan harian beliau, hari ini:

1) Seramai 84 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 76 daripada mereka dikompaun, lapan lagi direman.

2) Antara kes ingkar PKP termasuk gagal sediakan catitan keluar masuk (28), tidak pakai pelitup muka (22), aktiviti kelab malam (20).

3) 108 PATI dan seorang penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng. Turut dirampas satu bot dan dua kenderaan darat.

4) Sebanyak 705 premis perniagaan diperiksa termasuk peruncit, pemborong, dan pengilang.

5) Bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara