awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 anggota, pesara polis direman 7 hari terlibat kes rasuah

Leolerry Lajius
Leolerry Lajius
09/10/2018
03:30 MYT
11 anggota, pesara polis direman 7 hari terlibat kes rasuah
Seramai 11 anggota termasuk seorang pesara polis ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai menerima wang rasuah. -Astro AWANI
Seramai 10 anggota dan seorang pesara polis ditahan reman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai menerima wang rasuah daripada orang awam sebagai dorongan agar mereka tidak ditahan atas kesalahan menagih dan memiliki dadah.
Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua 11 individu itu yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 55 tahun terdiri daripada anggota dari Balai Polis Daerah Kota Belud seramai sembilan orang, dan masing-masing seorang dari Balai Polis Daerah Beluran dan Kota Kinabalu.
Terdahulu kesemua individu yang berpangkat inspektor, sarjan, lans korporal dan konstabel itu ditahan SPRM di daerah masing-masing sekitar jam 2.00 petang hingga 8.00 malam semalam, tiba di mahkamah tersebut pada 9.23 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari.
Menurut Pegawai Pendakwa SPRM Faliq Basiruddin, kesemua individu itu yang pernah bertugas di Balai Polis Daerah Kota Belud mula terbabit dalam penerimaan suapan sejak tahun 2014 secara tunai dan transaksi bank, dan transaksi terakhir yang direkodkan adalah pada bulan Jun tahun ini.
Katanya, seorang lagi individu turut ditahan di Sibu, Sarawak kerana turut terbabit dalam kes berkenaan ketika masih bertugas di Balai Polis Daerah Kota Belud sebelum bertukar ke Sibu.
Sepanjang tempoh reman itu, pihak SPRM akan memanggil saksi kes berkenaan untuk mendapatkan keterangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM.
Topic Berkaitan
#Faliq Basiruddin
#Mahkamah Majistret
#memiliki dadah
#pesara polis
#SPRM
#Stephanie Sherron Abbie
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#wang rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan