JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini, 'hilang' batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu pagi tadi, kebanyakan batu nisan dicuri adalah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.
Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, berkata terdapat beberapa waris yang menemuinya selepas terkejut melihat ketiadaan batu nisan ketika menziarahi kubur pada pagi raya seminggu lepas, sebelum ia tular di laman Facebook, sejak semalam.
Katanya, perkuburan di tanah wakaf itu tidak dikunci atas permintaan orang ramai terutama waris bagi memudahkan ia untuk diziarahi, sekali gus terdedah kepada pencerobohan.
"Ada ramai (waris) mengadu ketika ziarah kubur pada pagi raya batu nisan (ahli keluarga) hilang, kita tidak boleh buat apa kerana kubur ini tanah wakaf dan pada waktu malam juga tiada siapa jaga.
"Kita syak kegiatan ini dilakukan ketika waktu tiada pengebumian, mungkin waktu malam. Kebanyakan batu nisan yang dicuri adalah batu sungai dalam sembilan set, kerana boleh dijual semula dan nama si mati boleh dipotong," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu, hari ini.
Muhammad Izzul Hafiq berkata selain batu sungai, batu nisan putih yang kebiasaannya digunakan dan bernilai RM350 bagi satu set turut dicuri, dan turut menjelaskan kejadian tersebut kali pertama berlaku di tanah perkuburan yang dibuka sejak awal 90-an itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
Justeru, beliau menasihati orang ramai terutama waris untuk membuat laporan bagi memudahkan siasatan dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, menunjukkan salah satu batu nisan daripada 11 kubur yang dicuri. - Foto BERNAMA
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
11 kubur 'hilang' batu nisan
Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, Johor Bahru, 'hilang' batu nisan dipercayai dicuri.