awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 lagi R&R, hentian sebelah PLUS dibuka untuk 'dine-in'

Bernama
Bernama
18/09/2021
15:27 MYT
11 lagi R&R, hentian sebelah PLUS dibuka untuk 'dine-in'
Pembukaan itu susulan arahan MKN yang membenarkan pengoperasian pada kapasiti penuh atau 100 peratus berikutan 80 peratus kakitangan dan rakan niaga syarikat itu lengkap vaksinasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 lagi medan selera di pusat Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dibuka semula hari ini.
Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, pembukaan itu susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan pengoperasian pada kapasiti penuh atau 100 peratus berikutan 80 peratus kakitangan dan rakan niaga syarikat itu lengkap vaksinasi.
Lokasi terbabit ialah R&R Tapah (Arah Selatan dan Arah Utara), Rawang (Arah Utara), Dengkil (Arah Selatan dan Arah Utara) dan Pagoh (Arah Selatan).
Sementara itu, R&R Ulu Bernam (Arah Selatan) akan mula beroperasi Isnin ini, manakala R&R Seremban (Arah Selatan dan Arah Utara), Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara) dan Serdang (Arah Utara) dijangka dibuka pada Selasa.
Medan selera di Hentian Sebelah Simpang Pulau (Arah Selatan), Mambau (Arah Timur dan Arah Barat), Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh sudah mula beroperasi semalam.
"Bagi verifikasi untuk makan di dalam premis, pelanggan yang menerima vaksinasi sepenuhnya dikehendaki menunjukkan status vaksinasi MySejahtera COVID-19 masing-masing ketika memesan makanan di premis yang dikendalikan oleh rakan niaga kami," menurut kenyataan itu.
Pelanggan lebuh raya yang belum menerima vaksinasi penuh boleh memilih untuk membungkus makanan atau 'take-away', selain memesan makanan menggunakan fungsi Pre-Order di aplikasi PLUS atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ bagi meminimumkan kontak fizikal.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#medan selera
#R&R
#hentian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan