awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 PATI ditahan, diseludup masuk melalui laluan pangkalan haram

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
16/07/2022
09:04 MYT
11 PATI ditahan, diseludup masuk melalui laluan pangkalan haram
Polis menahan sebelas lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar berusia lingkungan 15 hingga 27 tahun, di Kampung Banggol Kulim di sini, pada Jumaat. - Foto ihsan polis
RANTAU PANJANG: Polis menahan sebelas lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar berusia lingkungan 15 hingga 27 tahun, di Kampung Banggol Kulim di sini, pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, menerusi maklumat pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran, lebih kurang jam 8.30 malam, satu serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah tinggal di kawasan tersebut.
"Warganegara Myanmar itu berada di dalam rumah berkenaan di mana menerusi pemeriksaan mendapati kesemua lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang pengenalan diri untuk memasuki Malaysia.
"Mereka telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihaknya berjaya menahan enam lagi individu di kawasan jalan Kubang Pak Hitam, Jeram Perdah, selepas melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan pada 11.30 malam, pada Jumaat.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati enam lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 19 hingga 36 tahun itu juga tidak mempunyai sebarang pengenalan diri untuk memasuki Malaysia.
"Kesemua rampasan dan tangkapan migran dibawa ke Balai Polis Bakong, Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
"Semakan telah dilakukan ke atas pemilik kenderaan dan mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat beralamat di Seri Kembangan, Selangor," katanya.
Katanya, kesemua tangkapan PATI ditahan di lokap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas (IPD) Kelantan di bawah Seksyen 51(3) Akta Imigresen 1959 /63 (Pindaan 2002) iaitu peruntukan menahan warga asing yang di tangkap untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55E dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#pati
#warga myanmar
#pangkalan haram
#Kampung Banggol Kulim
#Rantau Panjang
#pemerdagangan manusia
#penyeludupan migran
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan