awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 rumah di Kampung Paris hangus dalam kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2019
03:02 MYT
11 rumah di Kampung Paris hangus dalam kebakaran
Anggota bomba memadamkan api dalam kejadian kebakaran di Kampung Paris, Kinabatangan pada awal pagi Isnin. - Gambar ihsan JBPM
Seorang lelaki cedera di bahu selepas rumah didiaminya terbabit dalam kebakaran di Kampung Paris 3, di sini awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi itu, dua blok bangunan menempatkan 11 pintu rumah hangus terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi, sepasukan anggota bomba Kinabatangan bergegas ke lokasi sejauh 57 kilometer.
Menurutnya, sebaik tiba api sedang marak lalu usaha memadamkan api segera dijalankan.
"Pada jam 6.47 pagi, operasi ditamatkan dan pemeriksaan mendapati rumah sewa 11 pintu berkenaan hangus sepenuhnya.
"Ketika kejadian seorang lelaki bertindak menyelamatkan motosikalnya lalu mengalami kecederaan ringan di bahu akibat bahang api," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Menurutnya, punca kejadian dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#Kinabatangan
#operasi
#rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan