KUALA LUMPUR: Sebanyak 115 kuil dan tokong di ibu kota dikenal pasti didirikan di atas tanah kerajaan secara tidak sah, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti yang dirizabkan sebagai tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).
"Daripada baki 107 yang ada, sebanyak 56 telah dikenal pasti sebagai RIBI dan memerlukan tindakan segera, iaitu berpindah kerana kawasan sebelum ini akan dibangunkan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran tapak ganti yang akan dirizabkan sebagai tapak RIBI di sini pada Rabu.
Sebagai usaha mengatasi semua permasalahan itu, Santhara berkata kementerian melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP), mengambil pendekatan mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif RIBI (MJE RIBI) pada Ogos lepas, dengan dipengerusikan oleh beliau sendiri.
MJE itu, katanya turut disertai oleh wakil setiap persatuan agama bagi membincangkan hal berkaitan pengurusan isu RIBI, selain mencari penyelesaian terhadap isu pendudukan tidak sah.
Santhara berkata, sepanjang menguruskan permasalahan itu antara cabaran yang diterima termasuk tidak mendapat kerjasama yang baik daripada pemilik tanah, pengurusan kuil serta tokong, selain fakta yang tidak tepat sekali gus melambatkan isu itu dibawa kepada MJE RIBI.
Pada masa sama, beliau turut berharap semua persatuan agama lebih peka terhadap penubuhan rumah ibadat, terutama di atas tanah kerajaan dan meminta mereka memohon kebenaran merancang terlebih dahulu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kita sentiasa menyokong usaha untuk mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021
Santhara berharap semua persatuan agama lebih peka terhadap penubuhan rumah ibadat, terutama di atas tanah kerajaan dan meminta mereka memohon kebenaran merancang terlebih dahulu daripada DBKL. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Gaduh di kuil, polis reman tiga lelaki bantu siasatan
Ketiga-tiga mereka masing-masing berusia 21 hingga 25 tahun ditahan polis yang melakukan tugas menjaga keamanan di kawasan kuil berkenaan.
Sembilan maut kuil runtuh akibat hujan lebat di India
Keseluruhannya, hampir 50 orang maut susulan insiden berkaitan hujan dalam tempoh 24 jam yang lalu di negeri utara Himachal Pradesh.
India: Korban akibat bumbung telaga roboh meningkat kepada 35 orang
Angka korban tragedi bumbung telaga bertingkat roboh di sebuah kuil di Madhya Pradesh, India, meningkat kepada 35, kata pegawai kanan pada Jumaat.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Banjir di kuil Amarnath: 15 penganut Hindu terkorban, 40 hilang
Aktiviti ziarah ke Gua Amarnath selama 43 hari, yang bermula pada 30 Jun, dihentikan buat sementara waktu.
Hari Wesak: Penganut Buddha dibenarkan ke kuil, tanpa perarakan
Keputusan membatalkan perarakan berikutan kesukaran mengawal kehadiran orang ramai.
Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan di kuil tersebut.
Pengurusan kuil dikompaun langgar SOP
Siasatan dijalankan mendapati pihak pengurusan kuil telah gagal mematuhi SOP PPN Fasa 4 iaitu tiada penjarakan fizikal.
12 terkorban dalam rempuhan dekat kuil di Kashmir
Kejadian berlaku selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan, mengakibatkan orang ramai tolak-menolak hingga berlaku rempuhan.
Dua didakwa buat hantaran palsu berhubung kehilangan jongkong emas di kuil Batu Caves
Seorang lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi palsu berhubung kehilangan jongkong emas.