Skip to main content

Hiburan

Jenazah Cico Harahap selamat dikebumikan

Kira-kira 200 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, termasuk ibunya yang juga penyanyi legenda tanah air, Uji Rashid.
Kira-kira 200 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, termasuk ibunya yang juga penyanyi legenda tanah air, Uji Rashid.
Advertisement

AMPANG: Jenazah pelakon Allahyarham Cico Harahap selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini, pada kira-kira jam 6.15 petang Ahad.

Proses pengebumian berjalan lancar meskipun dalam keadaan hujan lebat dan tanah becak.

Kira-kira 200 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, termasuk ibunya yang juga penyanyi legenda tanah air, Uji Rashid.

Advertisement

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Cico atau nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 48, dibawa ke Surau Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa bagi urusan mandi, kafan dan solat jenazah.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, AR Badul, Ellie Suriaty, Joey Daud, Sabree Fadzil, Mak Jah dan Maman Teacher's Pet.

Advertisement

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada kira-kira jam 11 pagi tadi selepas seminggu menerima rawatan susulan masalah pernafasan.

Cico memulakan kerjaya seni sekitar 1993 dan kemudiannya dikenali menerusi beberapa karya popular termasuk "Puteri Impian" dan "Anak Mami".

Must Watch Video

Advertisement