awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

117 anggota tentera sertai eksesais "Suman Protector"

Bernama
Bernama
26/09/2017
10:42 MYT
117 anggota tentera sertai eksesais "Suman Protector"
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bergambar bersama pegawai kanan dan anggota tentera sempena pelancaran Exercise Suman Protector 2017. -
Kira-kira 117 anggota tentera daripada Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) terlibat di dalam latihan ketenteraan selama 12 hari, Eksesais "Suman Protector" 2017, yang bermula semalam.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata matlamat eksesais itu adalah bagi mengukuhkan saling kendali antara negara-negara FPDA dan meningkatkan kemahiran perancangan staf .
Ini adalah eksesais siri ketiga selepas diadakan di Butterworth pada 2017 dan Singapura pada 2012.
"Kami percaya bukannya angka tetapi hasil daripada eksesais yang kami ingin capai dan ia merupakan suatu yang menarik bagi kami untuk melangkah ke hadapan berkaitan kerjasama kami di bawah FPDA," beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Eksesais "Suman Protector" 2017 di Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.
FPDA ialah perjanjian hubungan pertahanan antara lima negara Komanwel yang ditandatangani pada tahun 1971 bagi memberikan pertahanan udara kepada Malaysia dan Singapura.
Perkataan 'Suman" diambil daripada nama negara peserta FPDA, iaitu Singapura, United Kingdom, Malaysia, Australia dan New Zealand.
Eksesais "Suman Protector" ialah Latihan Pos Perintah pelbagai peringkat yang mana Malaysia dan Singapura menjadi tuan rumah secara bergilir-gilir dan dibantu mengikut turutan oleh Australia, New Zealand dan United Kingdom.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#eksesais
#FDPA
#Raja Mohamed Affandi
#Suman Protector
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan