awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.17 juta permohonan i-Lestari sudah diluluskan

Najib Aroff
Najib Aroff
14/04/2020
07:26 MYT
1.17 juta permohonan i-Lestari sudah diluluskan
Tengku Zafrul berkata angka itu dijangka akan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang selepas kesemua permohonan disemak. - Gambar fail
Sejumlah 1.17 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan melibatkan pengeluaran sebanyak RM572 juta bermula Mei ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Tengku Zafrul berkata angka itu dijangka akan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang selepas kesemua permohonan disemak.
“Sebanyak 1.28 juta permohonan i-Lestari KWSP diterima dan 1.17 juta telah diluluskan,” katanya dalam satu ucapan khas.
Di bawah program i-Lestari, rakyat Malaysia boleh mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP mereka bagi meringankan beban yang dihadapi.
Sementara itu Tengku Zafrul berkata kerajaan menerima sejumlah 31,000 permohonan di bawah inisiatif Subsidi Upah, melibatkan sejumlah 299,000 pekerja.
“Daripada jumlah tersebut 98 peratus merupakan syarikat kecil dengan jumlah pekerja 75 dan ke bawah,” katanya.
Di bawah inisiatif berkanaan kerajaan memperuntukkan RM13.8 bilion bagi menyokong PKS yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Manakala bagi Program Pengekalan Pekerja, sejumlah 6,900 majikan sudah menghantar permohonan melibatkan 47,000 pekerja.
“Kerajaan memperuntukkan RM120 juta untuk membiayai RM600 sebulan bagi pekerja yang cuti tanpa gaji,” katanya sambal menambah implikasi Peruntukan adalah bernilai RM28.6 juta.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#EPF
#i-Lestari KWSP
#KWSP
#Malaysia
#Menteri Kewangan
#penjawat awam
#PKP
#PKS
#rakyat Malaysia
#Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan