Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin menghembuskan nafas terakhir, semalam 1 Mac 2017 pada kira-kira jam 5.45 petang.

Pemergian Allahyarham nyata satu kehilangan besar buat negara kerana kita tidak dapat lagi tonton pelakon klasik Melayu yang berkarisma sepertinya.

Sempena memperingati jasanya dalam dunia seni, berikut adalah beberapa fakta berkenaan Allahyarham.

1. Berasal dari Taiping Perak, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia.

2. Allahyarham memperoleh diploma dalam pengajian Motion Picture Technology dari paripada London Film School.

3. Beliau mula bergiat dalam bidang seni mulai tahun 1956 – selepas menjalani uji bakat yang diadakan oleh P.Ramlee.

Jins
Kredit: foto Bernama

4. Allahyarham kemudian diterima sebagai pelakon tambahan, dan mula melibatkan diri dalam kira-kira 40 filem hitam putih.

5. Beliau menerima popularati selepas berlakon dalam filem arahan P. Ramlee, Pancha Delima sebagai pelakon utama dan juga dalam siri filem Hong Kong.

6. Bakat Allahyarham terserlah selepas beliau menjadi sutradara, pelakon serta pengarah untuk filem Bukan Salah Ibu Mengandong dan Di Belakang Tabir.

Jins Shamsuddin
Kredit: foto Bernama

7. Beliau telah mengarah kira-kira sembilan filem, antaranya ialah Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Ali Setan dan Balada.

8. Allahyarham turut meraih pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009,
Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik.

9. Beliau menerima pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 1990.

10. Pada tahun 1999, Allahyarham menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2004, beliau menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).

jins
Kredit: foto Bernama
11. Pada tahun 1961, beliau berkahwin dengan seniwati Rahmah Rahmat dan dikurniakan seorang anak lelaki. Pasangan itu kemudian berpisah pada tahun 1963.

12. Allahyarham kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.