KUALA LUMPUR: Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian dianggarkan melebihi RM11 juta, pada Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penahanan suspek berusia 21 hingga 45 tahun di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Perak, Kedah dan di Pulau Pinang itu dilakukan di bawah Op Nuri 7/24.
"Kesemua suspek berperanan sebagai pengarah syarikat dan pemilik perniagaan digunakan sebagai akaun keldai dalam kegiatan penipuan pelaburan yang dijalankan.
"Hasil siasatan mendapati sindiket penipuan ini beroperasi dalam talian sejak Februari lepas menggunakan nama syarikat pelaburan terkemuka di dunia iaitu Goldman Sachs bagi memperdayakan mangsa," katanya dalam Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp sebagai medium pemasaran dan komunikasi dengan mangsa.
"Skim pelaburan ini menawarkan pulangan tinggi iaitu 15 hingga 200 peratus sebulan. Keuntungan dijamin melalui bimbingan dan bantuan daripada pakar analisis pasaran modal atau Cikgu Trader," katanya.
Beliau berkata untuk melabur, mangsa diminta memuat turun aplikasi Bam Pro dan Baly Pro Apps di App Store dan Google Store, sebelum diarah membuat pindahan wang pelaburan ke akaun syarikat keldai ditetapkan sindiket.
"Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila gagal mengeluarkan wang keuntungan yang diperoleh," katanya.
Ramli berkata pihaknya turut merampas lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu pouch bag, dua salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sehelai salinan borang pendaftaran perniagaan dan lima helai Form A, pendaftaran perniagaan.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 29 kertas siasatan melibatkan Pelaburan Goldman Sachs dibuka dan 19 akaun bank dikenal pasti melibatkan tiga syarikat dan 16 perniagaan yang disalahgunakan sebagai akaun keldai untuk menerima wang daripada mangsa.
"Kesemua Orang Kena Tuduh direman tiga hari sehingga semalam. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, di ibu negara hari ini.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.