awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/05/2024
07:20 MYT
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PUTRAJAYA: Persepsi bahawa kerajaan akan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.

Ringkasan AI
  • Kerajaan menegaskan subsidi diesel tidak akan dihapuskan tetapi disasarkan semula untuk menangani ketirisan.
  • Subsidi diuruskan melalui SKDS di stesen minyak dan Budi Madani untuk kenderaan awam dan bantuan tunai.
  • KPDN mengawal selia SKDS, manakala keputusan pengapungan harga diesel akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Sebaliknya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
"Subsidi diesel tidak dihapuskan dan dimansuhkan tetapi disasarkan melalui dua kaedah. Pertama subsidi harga runcit di stesen minyak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang beri manfaat kepada 410,000 kenderaan.
"Kedua subisidi bantuan tunai melalui Budi Madani diselaraskan Kementerian Kewangan. Jadi subsidi diteruskan bersasar, bertujuan membendung isu ketirisan disebabkan pemberian secara pukal," katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka SKDS 2.0 di Putrajaya, pada Khamis.
Ditanya jika pelaksanaan SKDS dan Budi Madani akan membawa kepada pengapungan harga diesel, Armizan berkata perkara itu akan diumumkan kemudian oleh Kementerian Kewangan.
"Tanggungjawab kita di KPDN adalah untuk mengawal selia SKDS, iaitu pemberian subsidi diesel melalui sistem kawalan bersubsidi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Armizan Mohd Ali
#diesel
#subsidi
#SKDS 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan