awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 PATI termasuk tiga kanak-kanak diusir cuba masuk Sarawak

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
16/10/2021
10:51 MYT
12 PATI termasuk tiga kanak-kanak diusir cuba masuk Sarawak
Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar setelah cuba masuki Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Tebedu dalam kejadian sekitar 5.30 pagi, hari ini. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar setelah cuba masuki Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Tebedu dalam kejadian sekitar 5.30 pagi, hari ini.
Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam satu kenyataan berkata, 12 individu yang dipercayai PATI berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia, sebelum dikesan sepasukan anggota yang sedang melaksanakan serkap.
“Setelah ditahan dan disoal siasat, lima individu lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun, empat individu wanita berusia antara 34 hingga 39 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia antara empat hingga 14 tahun disahkan sebagai PATI apabila mereka didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah selain menggunakan laluan haram untuk masuk mencari pekerjaan.
“Kesemua PATI diusir dan laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya,” demikian menurut kenyataan tersebut pada Sabtu.
Jelas pasukan 1 Div lagi, impak pandemik COVID-19 menyebabkan kes-kes melibatkan PATI cuba memasuki Sarawak untuk mencari pekerjaan dilihat semakin meningkat.
“Pelbagai taktik dan kaedah digunakan PATI yang cuba masuk ke Malaysia termasuklah cubaan menyelinap di awal pagi, namun berjaya digagalkan,” kata kenyataan itu lagi.
1 Div menambah, Tentera Darat khususnya anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Sarawak – Kalimantan Barat akan terus kekal siaga dalam mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
Topic Berkaitan
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#Sarawak
#lorong tikus
#Indonesia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan